Wanie telah bersiap untuk pergi bermain bola jaring. Dengan hanya memakai baju lengan panjang berwarna hijau, seluar sukan dan tudung sarung nya. Yalah nak pegi latihan bola jaring je pon, Tak payah lah pakai selendang bagai. Pretttt.... "okay buat warming up, lepas tu pusing gelanggang ni 8 round" coach Aisyah telah memberi arahan yang selalunya. "Linda, kau kenapa tak pakai kasut yang biasa kau pakai tu?" tanye wanie kepada Linda yang nampak sedih dari tadi "ouhh, kasut aku tu dah koyak lah, nak beli baru kesian dekat ayah aku" jawab linda dengan muka yang sedihnya. "Habis tu macam mana kau nak buat latihan sekarang ?" tanye wanie lagi kepada linda "ermmm, hari ni aku tak payah lah pakai kasut, ala bukan sakit sangat pon" terus Linda bangun dan pergi membuat warming up. Wanie yang pandang linda dari tadi itu hanya membisu. kesian plak aku tengok kawan aku sorang ni. ermm ape guna kawan kalau tak tolong kawan. bidas otak nye.
Selesai membuat training bola jaring, petang itu wanie mengajak linda supaya mengikut nye pergi ke kedai sukan al-ikhsan untuk mencari kasut sukan lah, tak kan beli ikan pulak kan. Haishh.. "Linda, pergi lah tengok mana kasut yang berkenan, hari ni aku belanja kau" Linda yang hanya tergamam dan teruja apabila melihat kasut kasut dan pakaian sukan yang mahal mahal itu hanya ternganga. "apalagi yang kau nganga kan tu ? pergi lah tengok, mana yang kau suka" wanie yang menegur kawan nya yang asyik ternganga dari tadi, macam nak bagi peluang untuk lalat mengembara je dalam mulut dia tu. "Wanie, aku suka yang ni lah, yang warna pink ni. tapi harga dia tiga ratus dua puluh lima ringgit sembilan puluh sembilan sen, mahal lah" sampai terbelit Linda menyebut harga itu tadi. "alaa, amik je lah aku blanje kau" balas wanie dengan tersenyum apabila melihat kawan baik nya suka mendapat kasut baru. "Terima kasih wanie, kau lah sahabat baik aku dunia akhirat" kalau dah dapat barang free memang lah suka."
"Kau rasa lapar tak?" tanye wanie dengan muka yang bersahaja. "Lapar lah jugak, tapi duit aku dah pokai, masa rehat tadi aku beli roti sardin cap king cup" hahaha tergelak wanie dibuat nye, bila dengar linda cakap camtu. "aku tak buat lawak lah, aku serius ni" linda yang nampak geram dipergelakan tadi. "Ade aku suruh blanja makan ke ? haish, aku yang ajak kau makan, so, aku lah yang blanja kau makan" cakap wanie yang masih lagi dengan sisa gelak dia tadi. "memandangkan kau nak blanja, kau blanja aku makan kat KFC lah, aku teringin nak makan ayam KFC" merayu Linda yang nak sangat makan ayam KFC tu. "ermm aku okay je" balas wanie yang setuju dengan cadangan linda itu tadi.
"errggghhhhhhhhh... Alhamdulillah, weyh kenyang nye aku makan ayam ni" bersedawa linda dibuat nya, kenyang sangat lah tu. Wanie yang hanya jadi penonton tegar linda tadi membuat muka terkejut apabila melihat kawan nye begitu. "Kalau ye pon, tutup lah mulut tu bila sedawa" tegur wanie yang melihat kejadian sebentar tadi. "eh, sorry hehehe" jawab linda.
Keesokkan nye mereka berdua selalu keluar dan berjalan jalan, seperti biasa. Suatu hari Wanie terbuat salah dengan linda. Kalau nak dikira kan kesalahan nye itu tak ade lah besar mana pon, cuma satu hari tu Wanie terlalu sibuk membuat kerja sekolah dan terlupa yang hari ni dia dah berjanji nak keluar dengan linda seperti biasa, cuma dia terlupa dengan janji mereka itu. Malam tu Wanie call Linda untuk terang kan kenapa dia tak datang ambik linda hari tu. Tapi Linda tak percaya satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut sahabat nye itu. Malah kata kata kesat yang keluar dari mulut linda.
Keesokkan nye mereka berdua selalu keluar dan berjalan jalan, seperti biasa. Suatu hari Wanie terbuat salah dengan linda. Kalau nak dikira kan kesalahan nye itu tak ade lah besar mana pon, cuma satu hari tu Wanie terlalu sibuk membuat kerja sekolah dan terlupa yang hari ni dia dah berjanji nak keluar dengan linda seperti biasa, cuma dia terlupa dengan janji mereka itu. Malam tu Wanie call Linda untuk terang kan kenapa dia tak datang ambik linda hari tu. Tapi Linda tak percaya satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut sahabat nye itu. Malah kata kata kesat yang keluar dari mulut linda.
Wanie cuba untuk terang kan hal sebenar kepada alia, yang juga kawan karibnya. tapi kawan nya itu tidak boleh berbuat ape ape. "Kalau itu Linda sudah cakap, aku nak buat ape, kita sabar je lah dengan perangai dia tu" Alia cuba tenang kan wanie yang dalam esakan yang perlahan itu, walau pun perlahan, Alia masih dapat merasakan kecewa nye Wanie apabila kawan yang dia sayang dan rapat mengeluar kan kata kata yang boleh mengoreskan hati Wanie.
"Kau nak pegi mana tu ?" Alia bertanya kepada Wanie. Dia rasa tak sedap hati bila tengok wanie sedang menangis dan pergi macam tu je. kalau difikirkan balik. siapa yang sanggup dengar kawan baik nya sendiri mengutuk dan memperlekah kan nye.
"kau bla lah dari sini, kau ingat aku nak sangat kawan dengan kau ? Kau tu je yang bodoh dan buta ! kau tak nampak, selama ni aku kawan dengan kau sebab duit kau tu!" masih lagi terngiang ngiang kata kata pahit yang diluah kan oleh kawan baik nya sendiri iaitu Linda. "kau okey tak ?" suara Alia yang menghilangkan lamunan nya yang agak sukar dilupakan itu. "eh, aku okay je. tak pe, aku tak kisah yang tadi tu" Wanie yang cuba melupakan kisah tadi itu cuma memandang ke arah lantai yang bersinar kilat nya, tu pon bibik nya dah mop. Ni kalau pak tam diri kat lantai pon boleh nampak gigi dia yang kuning ni. Sempat lagi dia bercakap dengan otak dia. Anggap je lah masa tu Wanie telah dijangkitiVirus Laptop nye. Haishh..
"Aku bukan ape alia, kau pon tahu aku dah tak lama duduk di dunia yang manis ini." kata kata Wanie itu tadi membuat wajah alia berubah kemerahan sebagai tanda marah kerana dia yakin wanie boleh bertahan dan dia harus kuat dengan dugaan ini. "Wanie kau jangan cakap macam tu, kau kena kuat dan yakin dengan diri kau" alia memberi semangat kepada wanie. Wanie hanya menggelengkan kepalanya.
"Aku bukan ape alia, kau pon tahu aku dah tak lama duduk di dunia yang manis ini." kata kata Wanie itu tadi membuat wajah alia berubah kemerahan sebagai tanda marah kerana dia yakin wanie boleh bertahan dan dia harus kuat dengan dugaan ini. "Wanie kau jangan cakap macam tu, kau kena kuat dan yakin dengan diri kau" alia memberi semangat kepada wanie. Wanie hanya menggelengkan kepalanya.
Assalamuallaikum Linda, ini aku Wanie, aku harap ka dapat datang esok, keluarga aku ade buat doa selamat dan pakai lah baju kurung. nanti kita boleh tangkap gambar masuk facebook dan buat caption *Saya Tak Comel* hahaha harap sudi datang ye
Sahabat mu..
Syila shazwanie. :)
Linda mendapat sepucuk surat dari wanie yang dia dijemput hadir untuk jamuan doa selamat esok. "Eleh, macam lah best sangat , sampai nak jemput aku datang" Ego linda yang bermuncak setinggi gunung everest tu datang untunk memprotes tak nak pergi. "Haish pergi je lah, tapi ni first and the last aku datang rumah dia"
Keesokkan nye, dia pergi ke rumah wanie dengan hati yang tak rela datang, dia pelik, ramai plak rakan sekelas nya datang. dan semuanya memakai baju kurung dan baju melayu. "Kau tak nak masuk ke dalam ke ?" ajak alia untuk masuk ke dalam. "Aku malas! aku dok luar je kot!" Linda yang berlagak itu hanya duduk di luar. "Jom lah masuk, Wanie panggil kita masuk lah." buat kali ke2 alia mengajak linda masuk ke dalam rumah itu. "Alaaa, dia yang nak jumpa aku, suruh lah dia keluar, lagi pon bukannye dia tu dah MATI pon, sampai tak boleh keluar". Alia hanya menangis dan hanya menunduk kan diri dari tadi terus memandang Linda. "Linda ! kalau kau nak tau, Kat dalam ade seorang kawan kita yang dah tidak bernyawa lagi ! ye! Wanie! Wanie dah tak ade!" Terus pipinya dibasahi air mata yang turun lebat itu. "Kau biar betol Alia?! kau bergurau je ni kan ?" tanye LInda dengan bernada serius "Aku betol betol lah ni, takkan aku nak main main pula !" Linda berlari mendapat kan Wanie yang sudah tiada itu diatas rumah banglo yang tersenggam indah itu. "Wanie Wanie Wanie !!! kau kena bangun ! kau kena hidup, kau janji nak tangkap gambar sama sama kan. Bangun lah Wanie !" Jerit Linda yang menangis tidak henti henti itu. Tapi sia sia sahaja, dia tahu, Wanie tidak akan bangun, kerana dia sudah pergi ke alam yang lain . "Linda, kita doakan je lah agar roh nya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman" Alia memberi nasihat kepada Linda yang menangis teresak esak itu terus memberi laluan untuk orang masjid angkat jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Seremban.
#Sayangi lah Sahabat anda, Jaga lah hati dia, Jangan lah sakiti dia, kerana mungkin ade hikmah disebaliknya.
#Sayangi lah Sahabat anda, Jaga lah hati dia, Jangan lah sakiti dia, kerana mungkin ade hikmah disebaliknya.
Short Story from me : Wan Erra :)
No comments:
Post a Comment